Sunday, 31 October 2010

Lawatan Kerja Tinjau Stesen Tenaga Belingus

Twitter Facebook More

Oleh Imelda Farrah Zohre HA & Haji Minor Absah

Temburong (29/10/2010) - Setiausaha Tetap (Tenaga), Haji Matsatejo Sokiaw mengadakan lawatan kerja ke daerah ini untuk menyaksikan sendiri operasi Stesen Tenaga Belingus, sekali gus mengkaji pelan perancangan dalam meningkatkan kebolehpercayaan sumber kuasa.


Beliau berkata adalah penting bagi DES memastikan kebolehpercayaan stesen kuasa memandangkan ia adalah satu-satunya sumber tenaga untuk penduduk di Temburong.

Lawatan itu juga diteruskan dengan perjumpaan bersama Wakil Rakyat, Majlis Mesyuarat Negara, Haji Sulaiman Haji Ahad untuk mendengarkan sendiri isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk di daerah berkenaan.

Haji Sulaiman menyatakan bahawa setakat ini dan perancangan masa hadapan adalah untuk meningkatkan lagi pembekalan demi memenuhi permintaan jangka panjang di Temburong.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan DES menjelaskan bahawa sejak Januari tahun ini, sebanyak 14 11kV gangguan tenaga direkodkan yang menjejaskan sebahagian tempat di Temburong.

Salah satu punca utama kekerapan gangguan itu ialah kerana kekurangan pengekalan yang menyebabkan kerosakan peralatan dan memendekkan jangka hayatnya.

Jika kerosakan peralatan terjadi bukan hanya disebabkan oleh gangguan tenaga tetapi juga pembaziran sumber dan dalam kebanyakan kes, nilai pengekalan adalah lebih baik dari penukaran.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment