Sunday, 31 October 2010

Peserta Kursus Pengurusan Islam Dan Kepimpinan Terima Sijil

Twitter Facebook More

Oleh Ak Fairol RMF

Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Seramai 41 peserta kursus Pengurusan Islam dan Kepimpinan menerima sijil mereka yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Pentadbiran dan Kewangan, Haji Mohd Rozan Dato Paduka Haji Mohd Yunos di Hotel Empire and Country Club.


Kursus bertujuan memberi kefahaman jelas mengenai aspek pembangunan disiplin pengurusan dan kepimpinan mengikut cara Islam. Ia sedikit sebanyak memperoleh dan menimba ilmu pengetahuan dalam mengamalkan pengurusan Islam dalam kepimpinan rangka berfikir dalam pengurusan kerja seharian.

Ia juga menjadi objektif utama kursus dalam mengingati falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), perspektif dapat dicapai dengan adanya niat dan cara yang baik dalam mengerjakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.

Kursus yang berlangsung lebih menjurus ke arah pendedahan kepada para peserta tentang dasar pengurusan Islam yang menyentuh perkara penting seperti prinsip pembangunan organisasi sebagai asas metodologi pengurusan, kepimpinan Islam berlandaskan iman, amal, ilmu, semangat syura dan berikhtiar dalam mempraktikkan kerohanian, jasmani, akli dan emosi bagi mempertingkatkan kejayaan dalam kehidupan bukan sahaja di alam pekerjaan.

Kursus tersebut juga diungkayahkan oleh Crescent Sendirian Berhad dan juga Unit Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Pembangunan dengan ceramah kursus tersebut disampaikan oleh Dato' Aidit Ghazali yang dijemput khas dari Malaysia untuk berkongsi ilmu pengetahuan mengenai Pengurusan Islam.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment