Sunday, 31 October 2010

Menteri Perhubungan Hadiri Mesyuarat Di Jepun

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Menteri Perhubungan Pehin Dato Seri Setia Haji Abdullah Haji Bakar melawat Jepun untuk mewakili Negara Brunei Darussalam pada Mesyuarat Kementerian Telekomunikasi dan Industri Maklumat APEC Ke-8 (TELMIN8). Jepun menjadi tuan rumah APEC 2010 manakala Mesyuarat TELMIN 8 akan diadakan di Okinawa bermula hari ini sehingga Ahad 31 Oktober 2010.


Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di sini, kepentingan ICT dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi baru menjadi semakin penting pada masa kini dan untuk menyokong enjin pertumbuhan adalah kritikal untuk membangun dan melaksanakan dasar industri telekomunikasi dan maklumat yang sesuai di rantau Asia Pasifik.

Pada mesyuarat itu, menteri-menteri akan mengadakan perbincangan mengenai dasar industri telekomunikasi dan maklumat di rantau APEC demi berkongsi pengiktirafan masalah dihadapi dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat serta untuk melaksanakan langkah untuk diambil pada masa depan.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment