Oleh Hajah Saemah Zulkefli
Kuala Belait (29/10/2010) - Syarikat Adinin Group (AGC) menganjurkan kempen keselamatan jalan raya "Brunei Tell-A-Friend" sebagai langkah memberi kesedaran kepada para pegawai dan kakitangan syarikat tersebut, termasuk syarikat rakan niaga dan syarikat subkontraktor betapa pentingnya keselamatan jalan raya sentiasa diutamakan.
Kempen tersebut yang berlangsung di ibu pejabat Syarikat AGC di Bangunan Kompleks Harapan dekat sini hari ini disempurnakan pelancarannya oleh Penolong Pegawai Daerah Belait, Haji Abdul Hamid Dato Paduka Haji Abdullah dan kempen tersebut akan diadakan selama dua bulan bermula 1 November hingga 2 Januari 2011.
Semasa berucap di majlis itu, Pengurus Besar Adinin Works & Engineering, Stephen Frank Munds memberitahu kempen tersebut dikendalikan adalah bagi menyokong kerajaan, dan juga Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) serta Syarikat Brunei LNG Sendirian Berhad (BLNG).
Sementara itu Pengarah Urusan Syarikat AGC Awang Musa Haji Adinin dalam ucapannya pula berharap kempen itu akan dapat memberikan kesedaran untuk terus mematuhi peraturan jalan raya di kalangan kakitangan syarikat dan juga syarikat rakan niaga mereka dan beliau turut berharap ia akan mampu menukar sikap secara efektif, selain mematuhi peraturan jalan raya tetapi juga rasa bertanggungjawab dan berhemah semasa menjadi pengguna jalan raya.
Kempen keselamatan jalan raya itu meliputi untuk mematuhi peraturan dengan mengenakan tali pinggang keledar, mengurangkan had kelajuan semasa memandu, tanpa menggunakan telefon bimbit semasa memandu, dan mengenakan topi keledar bagi penunggang motosikal dan menggunakan kawasan menyeberang bagi pejalan kaki.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
AGC Anjur Kempen 'Brunei Tell-A-Friend'
Posted by Neo Minda on 02:14
0 comments:
Post a Comment