Sunday, 31 October 2010

SCB Laksana Promosi Tawaran Pelancongan

Twitter Facebook More

Oleh Ak Fairol RMF

Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Bank Standard Chartered (SCB) akan menjalankan promosi tawaran pelancongan untuk para pemegang kad kredit bank itu bermula esok sehingga 6 November 2010.


Melalui promosi itu pemegang kad klasik akan menerima tiga kali ganda mata Std$, pemegang kad emas sebanyak lima kali ganda, pemegang kad visa Platinum lapan kali ganda dan pemegang kad Infinite akan menerima 10 kali ganda mata Std$.

Bagi melayakkan diri, pembelian harus dibuat ketika promosi berlangsung iaitu dari 29 Oktober hingga 6 Novembe manakala permintaan bagi 0 peratus pelan pembayaran beransur-ansur mesti menjangkau sebelum 30 hari dari tarikh pembelian. Pengurus Besar Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi, Annie Ng berkata "kami gembira menampilkan promosi tawaran pelancongan terbaru untuk pelanggan sempena kedatangan cuti sekolah, kami percaya pelanggan kami akan menikmati tawaran promosi tersebut di atas kesetiaan mereka bersama SCB".

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi tersebut, orang ramai boleh menghubungi Standard Chartered Phone Banking melalui talian 2658000 atau mengunjungi cawangan bank SCB terdekat.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment