Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Seramai 96 orang pemimpin sekolah dari 32 buah sekolah rendah, menengah, vokasional dan sekolah sukan di negara ini terpilih untuk mengikuti program kepimpinan Sekolah (SLP) Kohort yang keempat hari ini.
Program tersebut merupakan program usaha sama di antara Kementerian Pendidikan dan dilaksankan oleh Institusi Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan dengan khidmat pakar runding dari Action Learning Associates, Amerika Syarikat.
Majlis pelancaran program tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Dato Seri Setia Haji Yusoff Haji Ismail yang berlangsung di bilik teater Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Dato Seri Setia Haji Yusoff dalam ucapannya berharap peserta program dapat mengambil peluang keemasan dengan sebaiknya dan mengikuti perjalanan program dengan tekun dan bersungguh-sungguh'.
Katanya, pelaksanaan sistem pendidikan negara abad ke-21 (SPN21) adalah salah satu strategi utama ke arah merealisasikan wawasan dan untuk mencapai hasrat tersebut, kementerian meletakkan harapan tinggi terhadap kepimpinan sekolah.
Menurut Dato Seri Setia Haji Yusoff, pengalaman terdahulu telah membuktikan, kepimpinan sekolah memainkan peranan utama dalam pembangunan sekolah yang berjaya.
"Selaku pemimpin sekolah, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tentangan yang berbeza dengan bekerja dalam suasana persekitaran yang lebih mencabar berbanding dengan pemimpin sekolah yang terdahulu," tambahnya.
Peserta program diharap dengan mengikuti program ini dapat menjadikan mereka seorang yang berwawasan dan sebagai ejan perubahan yang akan mengubah sekolah pimpin menjadi sekolah cemerlang dan sekolah teladan.
Dato Seri Setia Haji Yusoff seterusnya berharap, setelah mengikuti program ini, setiap pemimpin sekolah dapat meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah masing-masing sekurang-kurangnya di atas 20 peratus.
Program kepimpinan Sekolah Kohort kali ke 4 bermula hari ini hingga 1 November 2010 dan diikuti dengan Kohort ke 3 yang dijangka bermula pada 1 November hingga 2 November 2010.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
96 Pelajar Sertai Program Kepimpinan
Posted by Neo Minda on 01:46
0 comments:
Post a Comment