Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
Bandar Seri Begawan (31/10/2010) - Program 'Bedudun' Belia yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Daerah Tutong adalah sebagai salah satu sokongan kepada 'Program Kenali Negara Kitani' serta mendukung program 'Satu Kampung Satu Produk' bagi mendedahkan golongan belia terhadap khazanah negara iaitu Kampung Air.
Serombongan 40 belia dari Daerah Tutong menyertai Program Bedudun Belia 2010 yang diketuai oleh Ketua Cawangan JBS, Tutong, Awang Haji Mohammad Rosfadzilah bin Haji Yusly.
Kedatangan rombongan tersebut dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Kampung Perumahan Kampung Sungai Bunga/Tanjung Kindana, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Zainal serta para penduduk kampung berkenaan.
Sepanjang program dua hari itu berlangsung, para peserta akan dapat menimba pengalaman dari pelbagai aktiviti yang disusun seperti memancing, merambat, membintur, menuhur atap, mengupang serta persembahan memukun dan sebagainya.
Adapun tujuan program itu antara lain untuk memberikan peluang kepada para belia untuk lebih mengenali lebih dekat tentang cara kehidupan dan kebudayaan masyarakat sesebuah kampung dan mengeratkan silaturahim para peserta dengan para penduduk kampung.
-- Hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
40 Belia Daerah Tutong Sertai Program Bedudun Belia 2010
Posted by Neo Minda on 12:23
0 comments:
Post a Comment