Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad
Bandar Seri Begawan (31/10/2010) - Kanser payudara merupakan penyakit yang paling lumrah di kalangan wanita di Negara Brunei Darussalam.
Di antara tahun 2002 hingga 2006, terdapat sebanyak 159 kes kanser payudara yang dikesan, yang mana 80 peratus daripadanya terjadi di kalangan wanita yang berumur di antara 35 hingga 55 tahun.
Pagi tadi, Kumpulan Bantuan Kanser Payudara Brunei (Breast Cancer Support Group Brunei - BCSGB) menganjurkan jerayawara bertemakan 'PINK Roadshow Breast Cancer Awareness' sempena Hari Kanser Payudara Sedunia yang diraikan sepanjang bulan Oktober setiap tahun berlangsung di The Atrium, The Mall, Gadong.
Jerayawara sehari itu diisikan beberapa program seperti pemeriksaan payudara bagi kaum wanita secara percuma, taklimat ringkas mengenai kanser payudara, pameran-pameran berkaitan dengan kanser payudara dan sebagainya.
Taklimat ringkas disampaikan oleh Ketua Jururawat, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Matron Dayang Hajah Jaliha binti Haji Momin.
Sementara itu, dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai, kumpulan motorsikal 'Harley Owner Group' (HOG) turut mendukung jerayawara tersebut dengan mengagih-agihkan 'flyers' di beberapa buah tempat seperti Giant Hypermarket Tasik Rimba, Times Square dan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di ibu negara.
Selain itu, HOG turut mengadakan jualan baju sempena Hari Kanser Sedunia dan hasil jualan disumbangkan kepada BCSGB.
-- Hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
Kanser Payudara Lumrah Di Kalangan Wanita Negara Ini
Posted by Neo Minda on 12:25
0 comments:
Post a Comment