Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
Bandar Seri Begawan (05 November 2010) - Sebanyak 70 syarikat telah menyertai pameran TechXpo 2010 dalam memperkenalkan produk mereka masing-masing yang berkonsepkan kecanggihan teknologi.
Antara sektor-sektor yang menyertai pameran yang bermula hari ini iaitu E-Kerajaan, telekomunikasi, sistem keselamatan, barangan elektrik, peralatan kesihatan, pengangkutan, alternatif teknologi dan bermacam-macam lagi yang bukan hanya disertai oleh syarikat tempatan malah syarikat-syarikat antarabangsa termasuk dari China, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Singapura dan Amerika Syarikat.
Pada pertemuan dengan Ketua Kumpulan Syarikat dari DGComm Solutins Sendirian Berhad, Pengiran Sabtu Mostaman menjelaskan, mengenai serba sedikit produk yang dipamerkan seperti RF Total Solutions yang berhubungkait dengan perkhidmatan menara dan satelit.
Kecenderungan beliau untuk berkecimpung dalam perniagaan tersebut berkisarkan dari pengalaman beliau semasa bekerja sebagai jurutera di Radio Televisyen Brunei dan kemahirannya dapat disalurkan dan memberikan perkhidmatan tanpa menggunakan khidmat dari orang luar negeri.
"Apa yang saya persembahan hari ini adalah yang terbaik di Negara Brunei Darussalam," katanya.
Ketua Penasihat Pemasaran Syarikat Starra Antarabangsa, Awangku Shahrizwan Shahril ketika ditemui menyatakan mengenai produk mereka iaitu kaedah pembelajaran yang direkodkan melalui cakera padat.
Pembelajaran itu katanya, sebagai pemudah cara bagi para pengajar dan pelajar untuk mengulang kaji serta menyemak pelajaran mereka walaupun di rumah dan ianya juga boleh digunakan bersama para ibu bapa atau penjaga ketika memantau dan membantu pembelajaran anak mereka.
Pameran TechXpo 2010 itu dibukakan kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam yang berakhir pada 7 November ini nanti.
Dalam pada itu pengunjung dinasihatkan untuk meletakkan kereta di kawasan Stadium Tertutup dan perkhidmatan bas percuma juga disediakan.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 14 November 2010
70 Syarikat Sertai Pameran Techxpo 2010
Posted by Neo Minda on 16:39
0 comments:
Post a Comment