Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
Bandar Seri Begawan (05 November 2010) - Seramai 49 murid dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas, Brunei II (SUPAPHSB) pagi tadi membuat lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Bandar Seri Begawan, di sini.
Mengetuai lawatan tersebut, Guru Kegiatan, SUPAPHSB, Dayang Jumaibah binti Haji Abidin yang antara lain menjelaskan tujuan lawatan tersebut adalah bagi mengisikan aktiviti sekolah dengan kegiatan setelah tamat peperiksaan hujung tahun sebelum menjelang cuti penggal ke-empat.
Sesi lawatan berkenaan juga diselitkan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Unit Kanak-kanak dan Muda Mudi Perpustakaan, DBP, BSB, Awang Haji Pawi bin Haji Tajudin.
Di dalam taklimatnya, beliau antara lain menjelaskan mengenai jumlah perangkaan perpustakaan DBP koleksi, peminjaman, pelawat dan ahli pelawat dan ahli dari tahun 1970 hingga 2010.
Menurutnya DBP mempunyai 646,534 koleksi selain menerima pelawat lebih 4,784,185 manakala jumlah ahli perpustakaan setakat ini 97,628 dan peminjam 3,325,801.
Di samping itu, beliau juga menjelaskan mengenai penubuhan DBP, visi dan misi, struktur organisasi, waktu perpustakaan dibuka, perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan DBP, perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan.
Antara lain objektif perpustakaan DBP katanya, adalah bagi menggalakkan dan meluaskan penggunaan buku, maklumat dan bahan perpustakaan melalui perkhidmatan peminjaman, rujukan, pustakaan bergerak dan mendapatkan koleksi lengkap serta bahan-bahan perpustakaan khusus mengenai Negara Brunei Darussalam.
Objektif lain termasuklah mengumpulkan, menyusun dan menerbitkan senarai buku baru untuk maklumat kepada orang ramai.
Beliau kemudiannya membawa murid-murid tersebut melawat ke bahagian-bahagian DBP, BSB khususnya Bahagian Kanak-kanak dan perpustakaan dewan berkenaan.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 14 November 2010
SUPAPHSB Lawat DBP Cawangan Bandar Seri Begawan
Posted by Neo Minda on 16:45
0 comments:
Post a Comment