Wednesday, 3 November 2010

886 Orang Terima Pingat Kehormatan Negara

Twitter Facebook More

Oleh Azlan Othman

Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkenan mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 886 orang penerima di Istana Nurul Iman, hari ini.


Penerima-penerima pingat kehormatan di majlis hari ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun.

Seramai 107 penerima menerima Pingat Jasa Kebaktian, 422 menerima Pingat Kerja Baik dan 357 menerima Pingat Kerja Lama termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan beruniform.

Turut hadir di majlis pengurniaan hari ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Mesyuarat Negara, Timbalan Menteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Ahli-Ahli Perwakilan Diplomatik serta Setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment