Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Bersempena pelancaran perkhidmatan terbaru Bank Baiduri iaitu Business Internet Banking (BIB) pada Ogos lalu, satu promosi telah dilancarkan secara serentak untuk menggalakkan pengguna membuat urusniaga perbankan mereka secara online.
Bermula Ogos sehingga Oktober 2010, pelanggan yang melanggan perkhidmatan BIB menikmati transaksi gaji pekerja secara percuma selain mendapat diskaun 50 peratus bagi pemindahan wang.
Selain itu, semua pelanggan baru dan sedia ada yang melakukan transaksi terpilih secara online akan secara otomatik menyertai cabutan utama di mana syarikat atau organisasi berpeluang memenangi salah satu daripada tiga hadiah tunai berjumlah $10,000 untuk dimenangi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri di sini, terdapat juga hadiah bulanan disediakan untuk pengguna BIB. Pengguna baru dan yang sedia ada berpeluang memenangi sebuah iPad setiap kali mereka menlog masuk ke dalam akaun BIB mereka.
Bagi bulan September 2010, hadiah iPad dimenangi oleh Ho Suet Jing dari Jetstar Enterprise. Beliau menerima hadiah tersebut semalam yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Perbankan Korporat Bank Baiduri Yvonne Chan Eng Peng di Bank Baiduri, Kiarong.
Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai perkhidmatan BIB kunjungi laman web http://www.baiduri.com atau cawangan terdekat Bank Baiduri atau menghubungi Pusat e-Perbankan Baiduri di talian 242 5644.
-- Hak milik Media Permata
Wednesday, 3 November 2010
Pelanggan i-Banking Baiduri Menangi Ipad
Posted by Neo Minda on 15:04
0 comments:
Post a Comment