Wednesday, 17 November 2010

Anugerah Perniagaan LiveWIRE Brunei Dilancarkan

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (10 November 2010) - Sejak ditubuhkan LiveWIRE Brunei telah berkembang pesat dan memenuhi tahap serta kualiti dalam menyokong mengembangkan infrastruktur keusahawanan ke arah pembangunan ekonomi jangka masa panjang yang berdaya tahan.


Timbalan Pengarah Pengurusan BSP, Awang Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd. Ali menyatakan perkara itu semasa berucap di Majlis Pelancaran Anugerah Perniagaan LiveWIRE Brunei petang tadi di salah sebuah hotel termuka di Gadong.

Menurut Awang Haji Zainal Abidin, program masyarakat juga diwujudkan bagi meningkatkan minat kaum muda terutama mereka yang menganggur, melalui latihan, bimbingan dan menggalakkan mereka untuk meneroka ke dunia perniagaan dan menjadi usahawan masa depan Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Daud bin Haji Mahmud.

Beliau yang juga selaku Pengerusi LiveWIRE Brunei berkata, pada masa ini LiveWIRE Brunei menjalankan pelbagai program dan bengkel termasuk Idea-idea Bernas (Bright Ideas - BI), Menjadi Pemilik Pengurus Berjaya 'Becoming Successful Owner Manager (BSOM), Kem Pemimpin Kumpulan LiveWIRE Brunei (LiveWIRE Brunei Leadership Camp - LBLC), Forum dan Dialog, Perniagaan Kaunseling, Bengkel Wawasan 'Visioning' dan Melatih Jurulatih.

LiveWIRE Brunei katanya juga bertindak sebagai skim inkubator menyediakan maklumat, nasihat dan latihan bagi anak-anak tempatan yang ingin memulakan perniagaan di sektor apapun, tidak hanya minyak dan gas.

Selain dari itu katanya, BSP melalui LiveWIRE Brunei pada masa ini menguruskan sebuah projek pembangunan masyarakat - "Udang dan Ikan Tropika" di atas sepuluh hektar tanah di Kampung Bukit Selangan di Daerah Temburong.

"Ternakan ini akan diuruskan oleh koperasi tempatan yang ditubuhkan atas bantuan LiveWIRE, 'Koperasi Bersatu Ternakan Udang dan Ikan Tropikal Berhad' dianggotai lebih dari 300 penduduk tempatan," jelasnya.

Katanya, Projek Udang dan Ikan Tropika tajaan BSP yang merupakan salah satu projek terbesar dari segi ekonomi bagi Daerah Temburong itu membawa manfaat bagi para penduduk di daerah itu.

Awang Haji Zainal Abidin juga menjelaskan, Anugerah Perniagaan ini adalah bagi membantu pengusaha tentang pentingnya perancangan dan profesionalisme dalam menjalankan perniagaan.

Beliau juga ingin melihat pemenang anugerah ini, membuka potensi mereka lebih jauh sebagai jentera untuk lebih berjaya.

Tahun ini Anugerah LiveWIRE Brunei mengetengahkan tiga kategori iaitu Kategori 'A' - Anugerah Plan Perniagaan (Busniess Plan Award), dengan empat pemenang dalam setiap kategori sementara dua lagi ialah Kategori 'B' - Rangkaian Perniagaan LiveWIRE (LiveWIRE Business Network) dan LiveWIRE Brunei SME Awards dengan tiga anugerah pemenang untuk setiap kategori.

Kesemua pemenang dan naib johan akan menerima trofi-trofi, sijil-sijil penghargaan dan juga wang tunai.

Tarikh tutup penyertaan ialah 29 Julai 2011.

Untuk maklumat lebih lanjut hubungi talian Pusat LiveWIRE Brunei di 2220964 atau alamatkan ke alamat e-mel elektronik enquiry@livewire-brunei.com atau layari www.livewire-brunei.com. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

1 comments:

ANDRAINO ADAMS said...

Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

Post a Comment