Monday, 1 November 2010

Asean-Australia Manfaat Hubungan Sekian Lama

Twitter Facebook More

Laporan : Dk. Hjh. Fatimah Pg. Hj. Md. Noor dari Ha Noi, Viet Nam

Hanoi, Viet Nam (31/10/2010) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah ASEAN dan Australia mempunyai hubungan yang mesra dan bermanfaat sejak bertahun-tahun, di bidang diplomasi, perdagangan sosial dan bantuan pembangunan Australia yang sekian lama, telah mewujudkan hubungan setia kawan dan berterusan.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap hubungan dan kerjasama yang telah terjalin lama akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat menghadiri bersama Ketua-ketua Negara ASEAN yang lain telah berkenan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Australia bersama Perdana Menteri Australia, Puan Yang Teutama Julia Gilliard.

Baginda bersama ketua-ketua Negara ASEAN yang lain serta Perdana Menteri Australia bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan kerjasama ASEAN-Australia.

Baginda seterusnya bertitah bahawa Australia ialah rakan perdagangan yang penting kepada ASEAN dan baginda gembira pegawai-pegawai kanan memberikan tumpuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai Kawasan Pedagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand.

Baginda berpuas hati dengan sumbangan aktif Australia dalam menangani keganasan dan jenayah merentas sempadan.

Peranan aktif Australia adalah disanjungi tinggi tegas baginda dalam menggalakkan dialog antara agama dan mengucapkan terima kasih kepada Australia kerana memberikan banyak peluang kepada penuntut di rantau ini yang telah belajar dan memperolehi pengalaman kerja di negara tersebut dalam masa yang sama, baginda sukacita mengalukan lebih ramai penduduk Australia mengikuti pengajian di negara-negara ASEAN.

-- Hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment