Monday, 1 November 2010

Peluang Sektor Perniagaan Berkembang

Twitter Facebook More

Laporan : Dk. Hjh. Fatimah Pg. Hj. Md. Noor dari Ha Noi, Viet Nam

Hanoi, Viet Nam (31/10/2010) - Kerjasama ASEAN-Russia telah mara ke hadapan dalam isu-isu keselamatan, terutama sekali pada usaha menentang keganasan dan melawan jenayah melimpasi sempadan (transnational crime) adalah sangat dihargai.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah dengan kerjasama ini, ASEAN dan Rusia telah berjaya meningkatkan kerjasama ekonomi dan Forum Perdagangan ASEAN-Russia boleh memberikan peluang yang lebih besar bagi sektor perniagaan untuk berkembang.

Bertitah ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Russia Ke-2 bersama Ketua-ketua Negara ASEAN yang lain dan Presiden Russia, Tuan Yang Terutama Demitry Medvedev, baginda menyentuh mengenai bidang kerjasama tenaga hasrat Russia untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam keselamatan tenaga dan penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan aman, adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Ke arah ini, baginda menyokong kerja yang dilaksanakan di bawah Program Kerjasama Tenaga ASEAN-Russia bagi tahun 2010-2015.

Dalam sidang ini, baginda dan Ketua-ketua Negara ASEAN serta Presiden Russia bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan kerjasama ASEAN-Russia.

Menyentuh mengenai perkembangan kerjasama sosiokebudayaan di antara ASEAN-Russia baginda berpuas hati di mana Pelancaran Pusat ASEAN (ASEAN Centre) di Moscow pada bulan Jun menunjukkan pencapaian yang penting dalam membantu meningkatkan kesedaran tentang kerjasama ASEAN-Russia serta pengetahuan mengenai budaya dan negeri di kedua buah rantau.

Dalam hubungan ini, baginda berharap akan melihat lebih banyak hubungan kerjasama di kalangan penduduk ASEAN dan Russia termasuk di kalangan belia, penuntut sekolah, tenaga pengajar dan di kalangan peniaga. Hubungan antara penduduk adalah tunggak hubungan kerjasama di antara ASEAN-Russia.

-- Hak milik Pelita Brunei

1 comments:

Радомир Эра said...

Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

Post a Comment