Kuala Belait (09 November 2010) - Para peniaga kecil dan sederhana yang ingin berniaga semasa projek pelancongan setempat Cheo Cheo Le Long Belait 2010 yang bakal diadakan bulan depan, borang-borang berjaja boleh didapati di Bahagian Perlesenan Jabatan Daerah Belait mulai hari Rabu ini.
Pegawai Tugas-Tugas Jabatan Daerah Belait, Awang Morni bin Haji Zakaria memberitahu tarikh tutup menghantar borang tersebut pada 20 November ini pukul 2.00 petang.
Setiap peniaga yang datang mengambil borang dan membayar terus pada hari tersebut katanya, dibolehkan mengambil numbor petak berjaja manakala peniaga yang hanya mengambil borang dan membayar kemudian tidak akan diberi numbor petak berjaja.
Awang Morni memberitahu perkara tersebut semasa mempengerusikan mesyuarat penyelarasan gerai jualan (berjaja) bagi persediaan projek perlancongan setempat Cheo Cheo Le Long Belait 2010 yang diadakan petang tadi di Dewan Qiyadah, Aras Bawah Jabatan Daerah Belait.
Sebanyak empat kategori gerai jualan disediakan oleh jawatankuasa projek iaitu gerai makan minum, gerai makan siap sedia, gerai aneka jualan dan gerai berjaja (berpayung).
Menurutnya, sebanyak 40 petak khemah gerai jualan dan juga kawasan berjaja disediakan sempena projek tersebut yang akan bermula 3 hingga 31 Disember ini di kawasan lapang X25 Simpang 144 Jalan Maulana.
Para peniaga yang menggunakan khemah bagi makanan siap sedia tambahnya, akan dikenakan bayaran sebanyak BND60 satu petak manakala gerai berjaja pula BND30 dan gerai makan minum pula dikenakan bayaran BND180 untuk tiga petak. -- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Dk. Hjh. Saidah Pg. Hj. Omaralli)
Tuesday, 16 November 2010
Borang Perniagaan Projek Cheo Cheo Le Long Boleh Didapati Rabu Ini
Posted by Neo Minda on 20:24
0 comments:
Post a Comment