Tuesday, 16 November 2010

Makluman: Taklimat Peraturan-Peraturan Kewangan

Twitter Facebook More

(09 November 2010) Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa jabatan ini akan mengadakan Taklimat Peraturan-peraturan Kewangan khusus untuk pegawai-pegawai kerajaan dalam tanggagaji B3, B2 EB3 dan EB2 yang akan menduduki peperiksaan Peraturan Kewangan bagi bulan Disember 2010.


Sesi pertama taklimat akan diadakan pada 17 hingga 18 November 2010 (hari Rabu dan Khamis), jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Teater Bangunan Kementerian Kewangan.

Kementerian-kementerian yang terlibat ialah: Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Kewangan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Kesihatan; Kementerian Perhubungan; Kementerian Pembangunan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Sesi taklimat kedua pula akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 24 dan 25 November 2010 di Dewan Teater Bangunan Kementerian Kewangan (kementerian terlibat ialah Kementerian Pendidikan).

Sementara taklimat sesi ketiga akan diadakan pada hari Khamis dan Sabtu, 2 dan 4 Disember 2010 di Dewan Teater Bangunan Kementerian Kewangan (Kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan).

Manakala taklimat sesi keempat akan diadakan pada 8 dan 10 Disember 2010 (hari Khamis dan Sabtu) di Dewan Teater Bangunan Kementerian Kewangan (Kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan).

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment