Tutong (12 November 2010) - Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong pada hari ini telah mengeluarkan notis penutupan premis kepada sebuah premis makanan di Daerah Tutong.
Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Tutong telah membuat pemeriksaan setelah mendapat aduan daripada pelanggan kerana mendapati makanan yang dihidang tercemar.
Hasil pemeriksaan didapati premis makanan berkenaan tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan semasa pemeriksaan dan pemantauan dijalankan.
Premis makanan tersebut telah diberi Notis Penutupan selama tiga hari untuk memastikan tahap kebersihan premis seperti yang telah dipersyaratkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan.
Tujuan operasi penutupan premis ini juga dilaksanakan bagi memperingatkan kepada pemilik-pemilik dan pengusaha-pengusaha premis perniagaan bahawa Jabatan Daerah Tutong serta agensi-agensi Kerajaan yang lainnya tidak akan memberi ruang atau pertimbangan bagi mana-mana peniaga yang tidak menghiraukan undang-undang dan peraturan-peratuan yang sedia ada lebih-lebih lagi yang berhubung dengan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Daerah Tutong khasnya dan rakyat Negara Brunei Darussalam amnya.
Dengan ini adalah diharapkan agar setiap pemilik dan pengusaha premis perniagaan mengambil perhatian akan peraturan-peraturan yang mengawal perniagaan mereka supaya hal seperti yang di atas tidak terjadi kepada mereka. -- hak milik Pelita Brunei
Thursday, 18 November 2010
Daerah Tutong Keluarkan Notis Penutupan Premis
Posted by Neo Minda on 11:20
0 comments:
Post a Comment