Thursday, 18 November 2010

Solat Hajat, Membaca Surah Yaa Siin Dan Doa Tolak Bala

Twitter Facebook More

Tungku (12 November 2010) - Persatuan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui Eksekutif Keagamaan dan Kerohanian serta Kelab Sawaddee petang tadi mengadakan Solat Sunat Hajat dan Membaca Surah Yaa Siin Sempena peperiksaan yang akan datang dan diselajurkan dengan Doa Tolak Bala bagi mangsa Gunung Merapi dan Tsunami di Republik Indonesia dan Bencana Alam di Thailand.


Hadir di majlis yang diadakan di Masjid UBD itu ialah pensyarah-pensyarah dan penuntut-penuntut dari Universiti tersebut.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Pemangku Imam, Awang Haji Jalil bin Haji Patra diikuti Sembahyang Sunat Hajat dan seterusnya membaca Surah Yaa Siin.

Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yaa Siin dikhususkan bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan akan datang bagi memohon keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala diselajurkan dengan Doa Tolak Bala bagi mangsa Gunung Merapi dan Tsunami di Republik Indonesia dan bencana alam di Thailand. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Saerah Haji Abd. Ghani)

0 comments:

Post a Comment