Tehran, Republik Islam Iran (09 November 2010) - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda, Dialog Kerjasama Asia (ACD) atau ACD adalah sebuah forum Pan-Asia yang memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan masa depan benua Asia.
Menurut sabda Duli Yang Teramat Mulia, Asia tidak lagi hanya merupakan kawasan yang luas dengan puluhan negara-negara berbeza dan sistem-sistem malah Asia lebih terhubung sekarang, dari Barat ke Timur dan Utara ke Selatan dan dalam kata-kata lain tema kita, ini bermakna akan ada lebih banyak perpaduan dan integriti.
DYTM bersabda demikian di Sesi Ucapan oleh para menteri dan ketua delegasi bagi ahli-ahli ACD Ke-9 sejurus pembukaan rasmi Mesyuarat Dialog Kerjasama Asia Ke-9 di Summit Conference Center, di sini.
DYTM melahirkan rasa gembira terhadap perkembangan kerjasama ekonomi di rantau berkenaan.
"Saya berpendapat kesepakatan yang rapat telah dapat mengukuhkan institusi-institusi perniagaan dan kewangan serta pusat-pusat teknologi dan penyelidikan. Ianya juga telah membolehkan kita mencapai beberapa kemajuan yang amat membanggakan di dalam bidang kebudayaan, kesenian, sukan kehidupan intelektual. Semua ini begitu menggalakkan lebih-lebih lagi memandangkan kita berasal dari pelbagai tempat yang berlainan," sabda DYTM.
"Hasilnya, kita dapat melihat Asia baru dan banyak perubahan sejak ACD bermula hampir sepuluh tahun yang lalu. Ertinya, ketika kita melihat masa depan, dekad seterusnya jelas merupakan satu kesempatan untuk Asia," jelas sabda DYTM.
"Itu sebabnya saya berasa gembira dengan kertas konsep anda. Ianya memberikan pimpinan serta dorongan terbaik di mana saya sepenuhnya bersetuju dengan yang ditawarkannya. Yang paling penting, ianya wujud dari semangat dialog yang tulen apabila kita mengatakan bahawa Asia milik kita bersama," tambah DYTM lagi.
Sabda DYTM, jika kita boleh bekerjasama sebagai rantau, untuk mengenal setiap negara dengan baik, menyokong satu sama lain dan berkongsi pengalaman dan kepakaran, ACD juga boleh menjadi cara mendapatkan mesej yang menjangkaui ke rakyat kita.
Di samping itu, DYTM juga bersabda mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran untuk atas keramahan dan sambutan sangat baik.
Dan pada masa yang sama, DYTM juga bersabda, atas kejadian sedih dan mengucapkan dukacita kepada orang-orang di Iran Barat yang mengalami kesan gempa bumi pada hari Sabtu lalu.
Selain itu, DYTM juga bersabda dengan mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Iran dari hasil kerjanya bersama rakan-rakan pada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi. Di mana kawasan Timur Tengah telah mencapai banyak kemajuan dan ia benar-benar baik untuk dilihat.
DYTM juga bersabda mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Iran kerana telah membawa semua bersama-sama dan memberikan rasa tujuan baru pada dialog. -- hak milik Pelita Brunei
(Laporan : Abdullah Asgar dari Tehran, Republik Islam Iran)
Tuesday, 16 November 2010
Dialog Kerjasama Asia Ke-9 Berperanan Perkembang Masa Depan Asia
Posted by Neo Minda on 20:41
0 comments:
Post a Comment