Bandar Seri Begawan (09 November 2010) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Raja Negara Kemboja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni dan Perdana Menteri Negara Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Hun Sen dan kepada kerajaan serta rakyat Kemboja bersempena dengan ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Kemboja Ke-57.
Dalam perutusan kepada Raja Negara Kemboja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sesungguhnya menghargai perhubungan persahabatan yang mesra yang dikongsikan bersama oleh kedua-dua buah negara dan berharap semoga perhubungan yang baik ini akan dapat terus dipertimbangkan di tahun-tahun yang akan datang.
Manakala dalam perutusan baginda kepada Perdana Menteri Negara Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Hun Sen pula, baginda merakamkan kegembiraan kerana dapat terus bekerjasama dengan Tuan Yang Terutama dan berharap akan dapat meneruskan kerjasama tersebut dalam mengembangkan persahabatan dan perhubungan yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara, sama ada dalam bidang dua hala dan juga sebagai rakan kongsi dalam ASEAN.
Pada mengakhiri perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah dan kesejahteraan kepada Kebawah DYMM Raja Norodom Sihamoni dan berharap semoga rakyat negara Kemboja akan sentiasa menikmati kemakmuran dan kesejahteraan yang berterusan dan seterusnya juga menyampaikan salam muhibah kepada TYT Samdech Hun Sen dan keluarganya.
Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan juga berkenan menghantar perutusan yang sama kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, TYT Hor Namhong, bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut.
DYTM juga melahirkan rasa penghormatan kepada Kebawah DYMM Raja Norodom Sihamoni dan ucapan tahniah kepada TYT dan kerajaan serta rakyat Kemboja sempena Hari Kemerdekaan 57 Tahun negara itu.
Dalam perutusan itu, DYTM melahirkan perasaan gembira kepada TYT semasa bekerja dengan TYT sejak tahun lepas dan DYTM juga menghantar penghargaan atas persahabatan dan kerjasama yang erat rakyat Kemboja.
DYTM juga berdoa kepada TYT secara peribadi dan salam untuk Puan Lok Chumteav Bory Hor. -- hak milik Pelita Brunei
Tuesday, 16 November 2010
Brunei Darussalam Hargai Perhubungan Persahabatan Yang Dikongsikan Bersama Negara Kemboja
Posted by Neo Minda on 20:44
0 comments:
Post a Comment