Wednesday, 3 November 2010

Imbasan Bersejarah Penukaran Nama Bandar Brunei

Twitter Facebook More

Oleh Haji Mohd Daud Abd Rahman

Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Detik dan peristiwa bersejarah termaktub apabila Bandar Brunei ditukar menjadi Bandar Seri Begawan pada 4 Oktober 1970 bagi mengenang jasa Al-Marhum Paduka Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien.


Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd Yusof Pengiran Haji Abdul Rahim, Menteri Besar ketika itu tepat pukul 12.00 tengah malam di Padang Besar Bandar Brunei yang kini genap usianya 40 tahun.

Sepertimana semua sedia maklum, tugu peringatan sempena penukaran nama Bandar Brunei sekarang kepada Bandar Seri Begawan terletak sebelah kanan berhadapan dengan bangunan The Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC), Bangunan RBA Plaza dan bangunan Bank Islam TAIB.

Sepanjang tempoh usianya, Bandar Seri Begawan banyak membawa perubahan dan kemajuan telah dicapai terutama dalam beberapa bidang perindustrian, pelancongan, pembangunan, pelajaran di bidang hubungan antarabangsa Negara Brunei Darussalam sudah dikenali sejajar dengan negara-negara lain.

Banyak bangunan-bangunan lama sudah berubah wajah diganti bangunan baru terutama sekali bangunan jabatan kerajaan, kementerian, projek perhubungan sudah bertaraf moden, jalan raya sebagai kemudahan alat perhubungan, pelabuhan air dalam Muara, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Manakala bidang pendidikan menyaksikan penyediaan beberapa buah institusi, universiti dan maktab-maktab manakala kemudahan masjid terdapat di semua di peringkat kampung dan daerah.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment