Wednesday, 3 November 2010

Impak Kenaikan Harga Rokok

Twitter Facebook More

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Berita kenaikan rokok dan tembakau yang dipinda pastinya suatu yang mengejutkan namun dari sudut kesihatan kita perlu melihat kemungkinan kesan positifnya.


Perkara itu dijelaskan oleh penyelia kedai di salah sebuah stesen minyak di Gadong, VJ yang menjelaskan dengan kenaikan harga itu, pembelian dan penggunaan produk tembakau dan rokok pasti akan menurun.

Beliau bagaimanapun menjangkakan dari segi penjualan, ia pasti akan menurun, namun menasihatkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan menceritakan, "Saya sendiri pernah merokok dan telah berhenti sejak tiga tahun lalu.

"Bagi saya, apa yang sukar adalah apabila melihat logo rokok yang menjadi cabaran utama tapi saya percaya langkah yang dibuat oleh pihak berkuasa ini adalah untuk mengurangkan jumlah perokok dan pasti akan memberikan impak kepada corak pembelian dan penggunaan bahan tembakau dan rokok."

Beliau menyatakan komitmennya untuk mematuhi apa jua arahan yang dikeluarkan pihak yang berkuasa dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan penurunan pendapatan jualan rokok dan berkata, "Bagi kami, jualan bukan terhad kepada bahan tembakau sahaja."

Beliau menyarankan kepada orang ramai dengan nada ceria, "Lebih bagus berhenti merokok, dan sudah tiba masanya kita sedar bahaya merokok dan ia terbukti dengan pengalamannya sendiri."

"Saya merubah cara hidup saya dan menjadikan muzik sebagai pemangkin dan kini fokus kepada pelbagai aktiviti seperti membaca kini lebih selesa kerana dulu pada penghujung puntung rokok akan menyebabkan beliau bergegas untuk berhenti membaca."

Dalam satu temu bual melalui telefon dengan jurujual Phillip Morris, Jacky Liew menjelaskan beliau terkejut dengan berita kenaikan harga rokok itu, namun menegaskan "Arahan tetap arahan dan kami akan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan."

Namun mereka kini berhadapan dengan kesibukan ekoran arahan itu tapi bukan menjadi alasan untuk tidak mematuhi arahan itu, cuma jika ia dikeluarkan secara berperingkat pasti akan memudahkan semua pengedar, penjualan mahupun pengguna, tegasnya kepada Media Permata.

Apabila ditanya mengenai aspek jualan, beliau menjelaskan, "Kami akan meneruskan jualan dan kini berhadapan dengan banyak permintaan stok rokok yang mendadak habis di kebanyakan kedai di negara ini."

Menurutnya, "Kami belum menerima sebarang surat perintah atau pun apa jua makluman mengenai harga rokok terkini, namun akan memaklumkan semua pihak penjual jika terdapat sebarang maklumat dari pihak berkuasa."

Jualan rokok akan menurun dan ia akan menimbulkan corak pembelian rokok yang baru iaitu pembelian rokok di negara jiran yang lebih murah dibandingkan di negara ini dan cabaran kepada pihak berkuasa dalam penyeludupan tembakau dan rokok.

Kami menyokong semua harapan kerajaan dan komited untuk membantu dalam apa pun yang kami mampu dan kami juga akan terus cuba memenuhi permintaan pelanggan bagi stok rokok di kedai-kedai yang disahkan, tambahnya mengakhiri perbualan.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment