Wednesday, 3 November 2010

Guru Yayasan Hadiri Bengkel Pendekatan Fonetik Dalam Melayu

Twitter Facebook More

 Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Guru unit Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan TASKA Yayasan hari ini menghadiri bengkel dua hari tentang pembacaan menggunakan Fonetik Dalam Bahasa Melayu.


Pegawai Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Jabatan Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Hajah Siti Sarah dan Mardiana menjadi fasilitator bengkel.

Bengkel menumpukan pengajaran menggunakan pendekatan fonetik bagi kanak-kanak yang tidak dapat membaca atau kanak-kanak yang baru mula membaca.

Guru-guru menyertai bengkel terbabit dalam pelbagai aktiviti disediakan oleh fasilitator. Menggunakan kaedah ini akan memberi faedah kepada kanak-kanak dalam pembacaan dan juga penulisan serta ejaan dalam cara yang seronok.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment