Bandar Seri Begawan (04 November 2010) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar perutusan takziah kepada Raja Thailand, Kebawah DYMM Raja Bhumibol Adulyadej dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Abhisit Vejjajiva dan juga kerajaan serta rakyat Thailand berikutan dengan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda disebabkan banjir yang melanda di beberapa daerah di Thailand.
Dalam kedua-dua perutusan tersebut, Kebawah DYMM menzahirkan rasa dukacita yang mendalam kerana mengetahui tentang malapetaka tersebut.
Pada mengakhiri perutusan baginda kepada Kebawah DYMM Raja Bhumibol Adulyadej, baginda telah menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Kebawah DYMM Raja Bhumibol Aduljadej serta rakyat Thailand di atas kedukacitaan dan kerugian peribadi yang dialami oleh rakyat Thailand, terutamanya mereka yang dilanda oleh malapetaka tersebut.
Sementara itu, dalam perutusan baginda kepada Perdana Menteri Thailand, TYT Abhisit Vejjajiva, baginda dan kerajaan baginda serta rakyat Negara Brunei Darussalam bersama-sama menyampaikan ucapan takziah yang ikhlas kepada kerajaan dan rakyat Thailand, serta perasaan simpati kepada keluarga-keluarga mangsa dan mereka yang ditimpa oleh malapetaka tersebut.
-- hak milik Pelita Brunei
Friday, 12 November 2010
Kebawah DYMM Berkenan Menghantar Perutusan Takziah Kepada Raja Dan PM Thailand
Posted by Neo Minda on 14:21
0 comments:
Post a Comment