Bandar Seri Begawan (04 November 2010) - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP), Pengiran Datin Paduka Hajah Masrainah binti Pengiran Haji Ahmad, menjadi Setiausaha Tetap, KHELNP.
Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Khamis 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 4 November 2010.
-- hak milik Pelita Brunei
Friday, 12 November 2010
Dilantik Menjadi SUT KHELNP
Posted by Neo Minda on 14:20
0 comments:
Post a Comment