Tuesday, 16 November 2010

Kembang Majukan Ekonomi Dan Perdagangan Rantau Asia

Twitter Facebook More

Tehran, Republik Islam Iran (09 November 2010) - Mesyuarat Dialog Kerjasama Asia Ke-9 (The 9th Asia Dialog Cooperation - 9th ACD) bermula hari ini di Summit Conference Center yang mana 31 Menteri-menteri Luar akan bertemu dan berdialog ke arah memajukan dan mengembangkan rantau Asia dalam banyak hal terutama ekonomi dan perdagangan.


ACD mula diwujudkan pada tahun 2002 yang ketika itu hanya dianggotai oleh 18 buah negara termasuk Negara Brunei Darussalam antara negara awal menjadi ahlinya.

Pada ACD Ke-9 kali ini, Kementerian Luar Republik Islam Iran melalui beberapa jabatan keselamatan telah mula mengetatkan langkah-langkah keselamatan dan kawalan bagi semua delegasi yang menghadiri ACD terutamanya bagi para menteri luar. Antara keselamatan yang diperketatkan ialah di Lapangan Antarabangsa Imam Khomeini (IKIA) yang merupakan pintu masuk utama ke Tehran selain di beberapa sempadannya bersama negara-negara jiran.

Hotel penginapan para menteri luar juga dikawal dengan rapi dengan menempatkan pegawai-pegawai keselamatan yang ditugaskan 24 jam. Selain itu pemeriksaan keselamatan segala bagasi, kenderaan dan kawalan lalu lintas ditingkatkan termasuk juga kepada para wartawan, jurugambar yang membuat liputan dan petugas di Summit Conference Center.

Negara-negara yang menganggotai ACD ialah rantau Asia Tengah, Asia Timur, Asia Selatan, Timur Tengah dan Asia Tenggara.

ACD Ke-8 di Colombo, Sri Lanka pada tahun lepas membincangkan langkah meningkatkan kerjasama ekonomi dan menjadi perhatian pada pengukuhan kerjasama ekonomi serantau khasnya melalui inisiatif forum dan pelaburan ACD.

Terkandung empat objektif utama pewujudan ACD antaranya untuk mempromosikan saling pergantungan antara negara-negara Asia di semua bidang kerjasama dengan mengenal pasti kekuatan bersama di Asia dan peluang yang akan membantu mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup orang Asia, sementara mengembangkan masyarakat berasaskan pengetahuan di Asia.

Kedua, adalah untuk memperluaskan usaha dan pasaran kewangan di Asia meningkatkan daya saing ekonomi Asia di pasaran global dan menjadi sebuah Komunitas di Asia, mampu berinteraksi dengan seluruh dunia pada pijakan yang lebih setara dan menyumbang secara lebih positif menuju keamanan.

Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Mahmoud Ahmadinejad merasmikan ACD Ke-9. -- hak milik Pelita Brunei


(Laporan : Abdullah Asgar dari Tehran, Republik Islam Iran)

0 comments:

Post a Comment