Bandar Seri Begawan (06 November 2010) - Kementerian Pendidikan dengan inisiatif dan kerjasama dari DST Communications Sdn. Bhd. (DST), B-Mobile Communication Sdn. Bhd. (B-Mobile) dan Mach Telecomunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) sekali lagi akan mengeluarkan keputusan Peperiksaan Penilaian Sijil Rendah (PSR) melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Para pelajar dan ibu bapa yang berhajat untuk melanggan perkhidmatan ini, hendaklah mendaftar terlebih dahulu sama ada melalui on-line dengan melayari Laman Portal Kementerian Pendidikan www.moe.edu.bn atau melalui perkhidamatan SMS.
Mereka yang hendak mendaftar perkhidmatan ini melalui perkhidmatan SMS dikehendaki menaip MOEREG[CENTER CODE][CANDIDATE NUMBER] dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau ke 38666 bagi pelanggan B-Mobile. (Contoh MOE REG BN101 101).
Pendaftaran adalah percuma dan akan bermula pada hari Sabtu, 6 November 2010.
Keputusan peperiksaan melalui SMS akan dikeluarkan sebaik sahaja mendapat kebenaran dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan.
Para pelanggan akan dikenakan bayaran sebanyak BND3.00 bagi setiap keputusan SMS yang diterima. Kementerian Pendidikan berharap perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada orang ramai terutama kepada para ibu bapa dan 'stakeholders' Kementerian Pendidikan amnya.
Untuk maklumat lanjut, para pelanggan bolehlah menghantar e-mel di alamat mach@machbrunei.com.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 14 November 2010
Keputusan PSR Melalui SMS
Posted by Neo Minda on 16:59
0 comments:
Post a Comment