Sunday, 14 November 2010

Seorang Warga Filipina Memeluk Agama Islam

Twitter Facebook More

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Muara (06 November 2010) - Semakin ramai saudara baru di negara ini mendapat hidayah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup mereka.


Petang tadi seorang warga Filipina melafazkan dua kalimah syahadat di hadapan para pegawai dari Unit Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah.

Majlis Pengislaman May Dordas Calvelo yang kini dikenali sebagai Dayang Mariam binti Abdullah Dordas berlangsung di rumah kediaman Awang Haji Saifuddin bin Haji Abd. Hamid di Jalan Muara, di sini.

Dayang Mariam, 42 tahun yang sudah empat tahun bekerja di negara ini sebagai pembantu rumah menjelaskan, pintu hatinya terbuka untuk menerima Islam sebagai agama anutannya kerana yakin ia akan membawa keberkatan kepadanya di dunia dan akhirat.

Antara yang hadir menyaksikan majlis itu ialah rakan-rakan dan beberapa ahli keluarga beliau serta penduduk sekitar.

Pada majlis itu para tetamu juga menaburkan bunga rampai kepada Dayang Mariam diiringi Dikir Marhaban.

Statistik orang yang memeluk agama Islam di seluruh negara dari bulan Januari hingga Oktober tahun ini menunjukkan seramai 553 saudara baru, 245 dari Daerah Brunei dan Muara, 148 dari Daerah Tutong, 142 dari Daerah Belait dan 18 dari Daerah Temburong.


-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment