Sunday, 14 November 2010

Membaca Buku-Buku Inggeris Membantu Memperbaiki Ejaan Dalam Penulisan

Twitter Facebook More

Oleh : Aimi Sani

Bandar Seri Begawan (05 November 2010) - Membaca buku-buku berbahasa Inggeris boleh membantu seseorang itu memperbaiki ejaan dalam penulisan, kemahiran berfikir serta pengetahuan am, walaupun pada masa ini banyak cabaran-cabaran yang dihadapi terutama dalam penghantaran sistem pesanan ringkas dan juga blog internet.


Pengetua Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS), Dk. Sarimah Pg. Haji Ahmad ketika berucap demikian di Majlis Pertandingan Ejaan Bagi Peringkat Rendah MSPSBS menjelaskan ejaan yang betul bukan sahaja memastikan sebutan yang tepat tetapi juga segi penyampaian maksud ayat.

Untuk mencapai matlamat tersebut tambahnya, haruslah bermula dengan peringkat pertama iaitu dengan memperbaiki ejaan dengan rajin membaca.

Ejaan yang betul katanya, bukan sahaja memastikan sebutan yang tepat tetapi juga penting dari segi penyampaian maksud ayat yang hendak dicapai.

Matlamat tersebut menurutnya haruslah bermula dengan peringkat pertama iaitu dengan memperbaiki ejaan dengan rajin membaca.

Pertandingan Ejaan Bagi Peringkat Rendah MSPSBS anjuran Jabatan Bahasa Inggeris disertai oleh 21 orang murid dengan tujuan antara lain mengadakan pertandingan itu ialah untuk mengasah bakat para penuntut supaya lebih berani berbicara secara terbuka selain mengasah minat mereka untuk membaca.

Juara pertandingan itu dimenangi oleh Dayang Muna Maisurah Haji Abdul Malik dari Tahun 7N kedua Dayang Nurin Haziqah Haji Hasan dari Tahun 7H dan Awang Mohd. Ashraf Nursal dari Tahun 8L mendapat tempat ketiga dan penyampaian hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Pengetua MSPSBS, Dk. Sarimah Pg. Haji Ahmad.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment