Tehran, Republik Islam Iran (09 November 2010) - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Haji Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengadakan kunjungan muhibah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Mahmoud Ahmadinejad.
Kunjungan muhibah itu diadakan di ruang khas selepas Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Dialog Kerjasama Asia Ke-9 (ACD) di OIC Summit Conference Center, di sini.
Di majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia dan Tuan Yang Terutama telah membincangkan hal-hal dua hala dan kepentingan bersama. Negara Brunei Darussalam menjadi ahli dalam ACD pada bulan Jun tahun 2002 dan Republik Islam Iran menganggotai ACD pada bulan Jun 2004.
Hadir sama termasuklah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Awang Haji Mohd. Yussof dan pegawai-pegawai kanan kementerian serta pegawai-pegawai kanan Republik Islam Iran.
Sementara itu, DYTM juga berkenan mengadakan perjumpaan bersama Menteri Luar Republik Uzbekistan, Tuan Yang Terutama Norov Vladimir Imamovich yang juga antara negara ahli dalam ACD.
Majlis perjumpaan itu juga berlangsung di ruang khas di OIC Summit Conference Center. -- hak milik Pelita Brunei
(Laporan : Abdullah Asgar dari Tehran, Republik Islam Iran)
Tuesday, 16 November 2010
Mengadakan Kunjungan Muhibah
Posted by Neo Minda on 20:40
0 comments:
Post a Comment