Bandar Seri Begawan (09 November 2010) - Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi tahun 1432 Hijriah telah berlangsung di Bilik Komiti 1 dan 2 Bangunan Majlis-majlis Mesyuarat Negara Jalan Kebangsaan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman itu juga dihadiri oleh Yang Dipertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan termasuklah pemilihan tema yang sesuai bagi acara-acara yang akan diadakan sepanjang tahun 1432 Hijriah seperti Majlis Sambutan Awal Tahun 1432 Hijriah, Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Majlis Sambutan Israk dan Mikraj, Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an dan Pertandingan Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan.
Antara yang dibincangkan termasuklah format atur cara, tarikh dan tempat majlis-majlis itu diadakan serta acara-acara iringan yang akan diadakan bersempena dengan Hari-hari Kebesaran Islam dan pelantikan Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa Sambutan. -- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Rohani Hj. Abd. Hamid)
Tuesday, 16 November 2010
Mesyuarat Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
Posted by Neo Minda on 20:34
0 comments:
Post a Comment