Tungku (11 November 2010) - Para mahasiswa/mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan memiliki bangunan Hal Ehwal Pelajar UBD yang lebih besar dan selesa setelah selesainya pembinaan tambahan bangunan tersebut.
Majlis Peletakan Batu Asas Bangunan Tambahan Hal Ehwal Pelajar berlangsung di tapak pembinaan bangunan tersebut oleh Timbalan Naib Canselor, Profesor Dr. Zohrah binti Haji Sulaiman.
Pelaksanaan projek yang bermula pada 17 Julai lalu akan mengambil masa selama 14 bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan dengan menelan belanja lebih dua juta.
Kemudahan-kemudahan disediakan termasuklah bilik inspirasi, pusat mahasiswa mahasiswi, bilik-bilik pejabat dan mesyuarat, ruang terbuka dikhususkan para mahasiswa untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Manakala di ruang utamanya pula, direka untuk orang-orang yang kurang upaya serta bagi mengalakkan integrasi di kalangan para mahasiswa dan kakitangan.
Projek juga termasuk kerja-kerja pengubahsuaian Hal Ehwal Pelajar yang sedia ada ketika ini. Dengan siapnya kerja-kerja pengubahsuaian itu nanti akan dapat memberi keselesaan para mahasiswa serta kakitangan-kakitangan UBD selaras dengan visi mereka untuk menjadikan Universiti Kelas Pertama.
Turut hadir di majlis tersebut ialah wakil dari Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Dunglah bin Haji Duraman serta pegawai-pegawai dan kakitangan UBD. -- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Aimi Sani)
Wednesday, 17 November 2010
Peletakan Batu Asas Bangunan Hal Ehwal Pelajar UBD
Posted by Neo Minda on 21:15
0 comments:
Post a Comment