Friday, 12 November 2010

Penjimatan Tenaga Boleh Dilakukan Dengan Mengelakkan Pembaziran

Twitter Facebook More

Republik Singapura (04 November 2010) - Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamenteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menekankan, pengurangan permintaan tenaga kepada 30 peratus boleh dilakukan dengan mengelakkan penggunaan melampau dan pembaziran.


Perkara tersebut kata Yang Berhormat, dapat dilakukan melalui kombinasi perubahan dasar dan insentif, aplikasi teknologi dan langkah-langkah operasi.

Menteri Tenaga di JPM menyatakan demikian semasa berucap selaku penceramah pada Syarahan Tenaga Singapura dan Sidang Kemuncak Tenaga Singapura pada 1 Januari 2010 yang juga sebagai sebahagian dari Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura 2010 (SIEW 2010).

SIEW 2010 bermula dari 27 Oktober 2010 dan berakhir pada 4 November 2010 di Pusat Persidangan Antarabangsa dan Pameran, Singapura.

Semasa sesi topik 'Energy Efficiency: Harvesting Low-Hanging Fruit', Yang Berhormat dalam ucapannya mengongsikan pengalaman Negara Brunei Darussalam berhubung dengan penjimatan tenaga dan pemuliharaan.

Dalam syarahannya, Yang Berhormat juga menyentuh mengenai perhatian Brunei Darussalam dalam pembangunan kapasiti manusia dalam bidang pengurusan tenaga dan audit tenaga untuk mendapatkan pakar-pakar yang sangat diperlukan untuk melaksanakan kecekapan tenaga dan amalan-amalan pemuliharaan dalam kerajaan dan sektor swasta.

Dari segi pembekalan, Yang Berhormat menyatakan bahawa kerajaan kini fokus pada peningkatan efisiensi fasiliti loji tenaga.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Dr. Detlef Kayser dari McKinsey and Company.

Penceramah lain pada sesi tersebut termasuk pakar-pakar dari Agensi Tenaga Antarabangsa, Accencure, Baker and McKenzie, Panasonic Corporation dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jepun.

Sesi berakhir selepas sesi soal jawab antara audiens dan penceramah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan juga memberikan ucaptama pada syarahan itu ialah Perdana Menteri Singapura, Mr. Lee Hsien Loon.

Semasa Sidang Kemuncak Tenaga Singapura itu, lima topik utama dibincangankan seperti "The Trasnsition to a Smart Energy Economy", "The Gas Evolution", "Kick-starting the Energy Technology Revolution", "Energy Effieciency: The Low-Hanging Fruit" dan "Bridging the Green Financing Gap".

Sebilangan Menteri Tenaga, pakar industri dan penganalisis hadir semasa Sidang Kemuncak Tenaga Singapura untuk berkongsi dan membincangkan perspektif dan pengalaman mereka berdasarkan lima topik.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment