Oleh : Ihsan Kementerian Pertahanan
Bandar Seri Begawan (05 November 2010) - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam sedikit masa lagi akan mempunyai sebuah Pusat Optima Kecergasan Tentera (POC) yang memberikan kemudahan terkini dalam membangunkan kesihatan, latihan dan selidik, meningkatkan prestasi atlet sukan dan pemulihan anggota tenteranya.
Sebagai pelaksanaan awal bagi pembinaan pusat berkenaan, satu Upacara Pecah Tanah diadakan pagi tadi di Bolkiah Garison dan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Kementerian Pertahanan, Awang Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor.
Turut hadir ialah Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Pg. Haji Menudin bin Pg. Lela Wijaya Pg. Haji Yussof, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan, Konsultan dan Kontraktor projek ini.
Pembinaan projek berprestij ini akan dilaksanakan oleh Kontaktor Tobishima (Brunei) Sdn Bhd dengan harga BND6.1 juta dan dijangka siap pada awal bulan Julai 2011. Reka bentuk bangunan bercirikan konsep moden dan kontemporari di atas keluasan 2,910 meter persegi.
Konsultan yang diambil untuk projek ini ialah Asasreka Arkitek sebagai Arkitek, Baharuddin PMS Associates sebagai M&E Engineering Konsultan, HAHD Engineering and Associates sebagai Juru ukur Bahan.
Apabila siap nanti, pusat ini akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti Unit Perubatan Sukan yang dilengkapi sepenuhnya dengan gimnasium, Jabatan 'Physiotheraphy', Triaj, Bilik Konsultansi dan Dispensari; Makmal Prestasi Manusia mengandungi Makmal Penyelidikan Prestasi Manusia, Pengurusan Kolam Renang untuk pemulihan dan belapan larian 40 dan 30 meter; Unit Pengurusan Kesihatan tentera mengandungi bilik darjah, bilik Pengurusan Kesihatan Tentera; Bilik Kuliah dan pejabat umum di samping Ibu Pejabat POC dengan pejabat umum dan kemudahan-kemudahan yang lain.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 14 November 2010
Pusat Optima Kecergasan Tentera (POC) Mula Dibina
Posted by Neo Minda on 16:50
0 comments:
Post a Comment