Wednesday, 3 November 2010

Ripas Terima Sumbangan

Twitter Facebook More

Oleh Yusrin Junaidi

Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Untuk memantapkan lagi perkhidmatan dan rawatan serta memberikan yang terbaik kepada pesakit Hospital RIPAS, sebanyak dua buah kerusi roda disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan dari Guardian Pharmaceuticals Brunei dan Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam.


Majlis penyampaian sumbangan sempena ulangan tahun ke-40 persatuan berlangsung di Ruang Legar Lobi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan hari ini.

Sokongan dan usaha padu syarikat swasta tempatan juga membolehkan hospital itu mendapat sebuah lagi kereta wakaf jenazah.

Hadir mewakili Hospital Ripas menerima sumbangan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Dato Paduka Haji Abdul Salam Abdul Momin.

Turut hadir ialah presiden Persatuan Sepaktakraw Brunei Darussalam, Pengiran Haji Ali Hassan Haji Abas dan pengurus Guardian Pharmacy Brunei, Awang Abdul Halim Haji Mohd Yussuf dan wakil-wakil kumpulan.

Hadir sama bagi memeriahkan majlis itu ialah pengarah, ketua Bahagian, pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan dari Hospital RIPAS, sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan sedikit sebanyak kekurangan yang ada di RIPAS Hospital, yang bukan hanya mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan.

Bantuan dan sumbangan dari pihak agensi, syarikat swasta dan individu juga diperlukan bagi memastikan perkhidmatan rawatan pesakit yang terbaik.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment