Oleh Imelda Farrah Zohre HA
Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Radio Televisyen Brunei menjadi tuan rumah bagi rangka kerjasama MoU Tiga Serumpun yang melibatkan Radio Televisyen Brunei (Bahagian Radio) dan Radio Republik Indonesia (RRI) serta Radio Televisyen Malaysia (Radio Klasik Nasional), tahun ini.
Ini merupakan projek tahunan ketiga-tiga stesen itu dalam usaha untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan kerjasama dalam bidang penyiaran.
Seramai enam orang rombongan penyiar radio dari RRI tiba pagi ini diketuai oleh ketua Bidang Program & Produksi Pemberitaan (ketua delegasi) Kabul Budiono bersama ketua Programa Siaran RRI Jakarta Awanda Erna, ketua Sesi Program 4 RRI Jakarta, Abdul Gafar Zakaria, Staf Bidang Kerjasama Multimedia Nina Riyani, Mimin dan Yanti.
Sejurus tiba di negara ini, rombongan mengadakan kunjungan muhibah ke Pejabat Kedutaan Besar Indonesia di Negara Brunei Darussalam dengan dialu-alukan oleh Konsular Kedutaan, Enda Iskandar Yusuf.
Sepanjang empat hari berada di negara ini bermula hari ini hingga 4 November nanti, rombongan akan menghadiri mesyuarat penyelarasan bagi penerbitan dan kejuruteraan.
Di samping itu, rombongan akan turut mengadakan rakaman berbalas pantun, rakaman drama dan lawatan ke tempat-tempat menarik.
Program ini dibentuk adalah sebagai pernyataan perjanjian di samping sebagai kesinambungan di atas kerjasama erat selama ini.
-- Hak milik Media Permata
Wednesday, 3 November 2010
RTB Meterai MoU Tiga Serumpun
Posted by Neo Minda on 15:37
0 comments:
Post a Comment