Oleh Sahama
Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Sekolah Rendah Haji Tarif, Kampong Tamoi Tengah menerima lawatan daripada Pengerusi Komiti Jurulatih Amerika Syarikat; Richard McAfee yang berada di negara ini untuk beberapa hari bagi tujuan latihan asas permainan pingpong.
Beliau diberi penerangan serba sedikit mengenai kelab-kelab yang dijalankan di sekolah berkenaan oleh Guru Besar, Dayang Hamiltun Haji Abdul Samad, Mr Richard McAfee juga memberikan pelbagai teknik permainan pingpong kepada ahli-ahli kelab pingpong sekolah berkenaan dalam lawatan tersebut.
Seramai 10 orang murid mengikuti kelab berkenaan dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menimba pengetahuan daripada Mr Richard McAfee.
Sekolah ini mencapai kejayaan dalam acara pingpong di Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Senegara baru-baru ini. Turut hadir ialah Guru Kanan ECA; Mohd. Arif Ahmad, Guru Kanan Akademik; Haji Suazmie Haji Zulkifli dan jurulatih kelab pingpong sekolah tersebut iaitu Lim Han.
-- Hak milik Media Permata
Wednesday, 3 November 2010
Jurulatih Pingpong AS Melawat SRHT
Posted by Neo Minda on 15:38
0 comments:
Post a Comment