Oleh : Bolhassan Hj. Abu Bakar
Pekan Bangar (01/11/2010) - Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Surah Yaa Siin dan doa kesyukuran sempena Pelancaran Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2010 peringkat Daerah Temburong berlangsung di Masjid Utama Mohammad Salleh kelmarin.
Hadir menyertai para jemaah, Pengarah Kemajuan Pelancongan Brunei, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohammad.
Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, membaca Surah Yaa Siin dan doa kesyukuran dipimpin oleh Imam Masjid Utama Mohammad Salleh.
Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2010 yang membawa tema 'Makanan Terjana Negara Selamat' adalah sebagai menghargai sumbangan sektor pertanian dan perikanan kepada kesejahteraan dan kepentingan strategik negara.
Objektif utama Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan ini ialah untuk memberikan pengiktirafan dan penanugerahan ke atas usaha-usaha peladang, petani, penternak dan nelayan di negara ini serta mengetengahkan pengusaha-pegusaha pertanian dan perikanan yang berjaya.
Selain itu ia juga untuk memberikan galakan dan insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan perikanan untuk lebih berkembang maju, kreatif dan inovatif serta meningkatkan hubungan dan silaturahim di antara pihak kerajaan, pengusaha dan pengguna.
-- hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
Sembahyang Berjemaah, Membaca Surah Yaasiin, Doa Kesyukuran Sempena Pelancaran Hari Peladang, Petani, Penternak Dan Nelayan 2010 Di Daerah Temburong
Posted by Neo Minda on 13:25
0 comments:
Post a Comment