Oleh : Bolhassan Hj. Abu Bakar
Tutong (01/11/2010) - Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, membaca Surah Yaasiin dan Doa Kesyukuran sempena pelancaran Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2010 berlangsung di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS) Kampung Sungai Kelugos kelmarin.
Hadir menyertai jemaah, Pengarah Promosi dan Perkhidmatan Kemudahan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Awang Haji Damit bin Haji Mohd. Arshad.
Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Awang Omarali bin Haji Ahmad, Imam Masjid PAIPAS Kampung Sungai Kelugos yang juga memimpin bacaan Surah Yaa Siin dan doa kesyukuran.
Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2010 yang membawa tema 'Makanan Terjana Negara Selamat' adalah bagi menghargai sumbangan sektor pertanian dan perikanan kepada kesejahteraan dan kepentingan strategik negara.
Objektif utama Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan ini ialah untuk memberikan pengiktirafan dan penanugerahan ke atas usaha-usaha peladang, petani, penternak dan nelayan di negara ini serta mengetengahkan pengusaha-pengusaha pertanian dan perikanan yang berjaya.
Selain itu ia juga untuk memberikan galakan dan insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan perikanan untuk lebih berkembang maju, kreatif dan innovatif serta meningkatkan hubungan dan silaturahim di antara pihak kerajaan, pengusaha dan pengguna.
-- hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
Doa Kesyukuran Sempena Hari Peladang, Petani, Penternak Dan Nelayan 2010
Posted by Neo Minda on 13:26
0 comments:
Post a Comment