Wednesday, 3 November 2010

Tarikh Tutup Anugerah Kebangsaan SME Dilanjut

Twitter Facebook More

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Ahli jawatankuasa Anugerah Kebangsaan SME 2010 (Perusahaan Kecil dan Sederhana) hari ini memaklumkan bahawa penutupan tarikh bagi menyertai anugerah berkenaan dilanjutkan sehingga 30 November 2010.


Ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua warganegara Brunei Darussalam dalam mengikuti empat kategori dalam Anugerah Kebangsaan SME berkenaan.

Kategori-kategori yang dibukakan ialah Kategori 1: SME Award for the Most Outstanding Enterprise dengan jumlah jualan setahun melebihi 10 juta, Kategori 2: SME Award for the Most Medium Enterprise yang jumlah jualannya 5 hingga 10 juta setahun, Kategori 3: SME Award for the Most Outstanding Small Enterprise yang jumlah jualannya kurang dari 5 juta setahun dan Kategori 4: SME Award for the Most Outstanding Enterprise Supporting the Oil and Gas.

Anugerah yang buat julung-julung kalinya diadakan itu dianjurkan bersama oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei.

Antara objektif acara itu diadakan ialah untuk mengenal pasti peringkat kebangsaan yang dicapai oleh SME tempatan dan pengusaha-pengusaha yang cemerlang dalam perniagaan mereka serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Brunei seperti peluang pekerjaan.

Selain itu acara berkenaan juga bertujuan untuk menggalakkan semangat keusahawanan dikalangan SME tempatan untuk menjadi lebih proaktif ke arah perkembangan dan pengukuhan perniagaan mereka serta untuk menyerlahkan peranan penting yang dimainkan oleh SME dan sumbangan mereka dalam mempelbagaikan ekonomi negara ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai anugerah tersebut hubungi sekretariat Anugerah Kebangsaan SME 2010 di talian 2333964 atau 2334192 atau layari laman web www.bruneismeonline.com.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment