Monday, 25 October 2010

15 Staf JPMC Hadiri Kursus Di Jerman

Twitter Facebook More

Oleh Sim Y. H.

Bandar Seri Begawan (25/10/2010)— Seramai 15 pegawai dan kakitangan Pusat Perubatan jerudong Park (JPMC) berlepas ke jerman untuk menghadiri Kursus Latihan Khusus Penjagaan Pesakit Strok Teruk dan Unit Rawatan Rapi selama 50 hari di Northwest Hospital.


Peserta kursus dari JPMC terdiri daripada seorang doktor dan 14 orang jururawat itu merupakan kumpulan kedua- dari pusat perubatan berkenaan yang menyertai kursus latihan setelah kumpulan pertama serarnai 10 orang jururawat berjaya menamatkan kursus latihan mereka yang diadakan pada Mei lalu.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas kepada kumpulan berkenaan ialah Pengarah Eksekutif JPMC, Dr Isham jaafar. Turut hadir ialah para pegawai dari JPMC dan anggota keluarga serta rakan-rakan rornbongan berkenaan.

Sernasa latihan selarna 50 hari itu, jururawat dan doktor akan diberikan penerangan mengenai cara-cara pengendalian pesakit strok teruk serta kaedah terbaik untuk menjaga mereka bukan sahaja secara teori tetapi juga menerusi latihan penempatan di hospital-hospital.

Diharapkan menerusi latihan yang dikendalikan itu, kakitangan JPMC akan menjadi lebih mahirserta memperoleh ilmu pengetahuan untuk memberikan penjagaan dan perkhidmatan rawatan terbaik kepada pesakit-pesakit pusat perubatan berkenaan.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment