Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Seramai 85 orang penuntut tahun akhir yang mengikuti kursus Diploma Kebangsaan Perdagangan dan Kewangan serta tiga tenaga pengajar dari Sekolah Perdagangan, Jabatan Pendidikan Teknik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Kewangan di sini semalam.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini berkata, lawatan tersebut adalah untuk menimba ilmu pengetahuan serta memberikan pendedahan yang praktikal kepada para penuntut khususnya dalam mengenali fungsi dan peranan Kementerian Kewangan dan bahagianbahagian di dalamnya, serta Tabung Amanah Pekerja (TAP).
Semasa lawatan itu mereka diberi taklimat oleh pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang antaranya menyentuh mengenai latar belakang penubuhan Kementerian Kewangan serta visi dan misi, isu-isu berkenaan lnstitusi Kewangan.
Taklimat juga turut menyentuh mengenai peranan Bahagian Penyelidikan dan Antarabangsa, Kutipan Hasil, Bahagian Perbelanjaan, fungsi Pusat Kewangan dan Antarabangsa, Tabung Amanah Pekerja, Lennbaga Mata Wang dan Monetari Brunei.
Topik lain yang juga diperjelaskan ialah mengenai peranan dan pelbagai isu-isu berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Lawatan tersebut diakhiri dengan lawatan ke Galeri Mata Wang dan Monetari Brunei, Kementerian Kewangan.
-- hak milik Media Permata
Monday, 25 October 2010
Lawatan Sambil Belajar Ke Kementerian Kewangan
Posted by Neo Minda on 10:39
0 comments:
Post a Comment