Sunday, 24 October 2010

'The Brunei Darussalam Journal Of Technology And Commerce - Volume 5' Diterbitkan

Twitter Facebook More

Oleh Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad

Tungku Link (24 Oktober) - Institut Teknologi Brunei (ITB) petang tadi telah melakar satu lagi sejarah di dalam mengharumkan dan memajukan namanya dalam menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'The Brunei Darussalam Journal of Technology and Commerce - Volume 5'.


Hadir bagi merasmikan jurnal tersebut ialah Naib Canselor ITB, Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid di Bilik Persidangan ITB, di sini.

Naib Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid ketika hadir melancarkan buku ‘The Brunei Darussalam Journal of Technology and Commerce - Volume 5’. (Foto : Abdullah Hj. Awang Damit)

Jurnal tersebut merangkumi kesemua aspek mengenai dengan latihan kejuruteraan, teknologi komputer dan perdagangan.

Ia bertujuan untuk menyediakan forum bagi perbincangan dan pertukaran informasi yang berkaitan dengan aplikasi-aplikasi terkini dalam bidang teknologi dan perdagangan khusus untuk komuniti jurutera, pakar-pakar teknologi, usahawan muda dan penyelidik kerajaan, industri dan akademik.

Beberapa naskhah diterima untuk dipertimbangkan dari beberapa negara dan hanya 12 tulisan sahaja yang telah dipilih dalam edisi kali ini, dengan hasil bantuan pasukan pakar tinjauan.

Naib Canselor ITB semasa melancarkan buku bertajuk ‘The Brunei Darussalam Journal of Technology and Commerce - Volume 5’. (Foto : Abdullah Hj. Awang Damit)

Jurnal ini juga merangkumi spektrum yang luas dari kawasan-kawasan kajian seperti nanoteknologi, pemodelan matematik, pengesahan biometrik, sistem tenaga angin diesel dan sebagainya.

Jurnal seumpama ini telah banyak membantu para penyelidik tempatan secara signifikan terhadap pembangunan dan membantu mereka dalam pengedaran dan penemuan kajian mereka kepada khalayak global yang lebih luas tanpa penangguhan yang banyak.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment