Sunday, 24 October 2010

Pelatih PPB Mulakan Kuliah Dengan Bacaan Al-Qur'an

Twitter Facebook More

Oleh Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

Bandar Seri Begawan (24 Oktober) - Dalam usaha menyemai rasa cinta kepada Al-Qur'an dan menjadikannya pegangan dan sumber ilmu untuk rujukan pada masa hadapan, para pelatih Pusat Pembangunan Belia (PPB) yang mengikuti pelbagai kursus di pusat berkenaan telah didedahkan dengan aktiviti pembacaan Al-Qur'an sebelum memulakan kuliah di sebelah pagi dan meneruskan tugas harian masing-masing.


Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal menabur bunga rampai kepada para pelatih pusat ini di Majlis Khatam Al-Qur'an. (Foto : Azmah Hj. Ahad)

Aktiviti berterusan itu berjaya dilakukan oleh seramai 40 pelatih di mana petang tadi mereka telah diraikan di Majlis Khatam Al-Qur'an yang diadakan di Dewan Bina Diri, PPB di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal yang juga mengepalai bacaan Surah Al Faatihah sebagai pembuka acara.

Majlis Khatam Al-Quran Pusat Pembangunan Belia disertai oleh seramai 40 pelatih pusat berkenaan. (Foto : Azmah Hj. Ahad)

Manakala doa khatam pula dibacakan oleh Awang Nurhazwan bin Metassim diikuti dengan bacaan tahtim dan Dikir Marhaban bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment