Oleh Mohamad Asyramisyanie dan Haji Minor Absah
Tutong (25/10/2010) — Satu operasi berjaya dilaksanakan semalam oleh beberapa agensi penguatkuasaan undangundang Brunei Darussalam di kawasan Pekan Tutong, Kuala Tutong, Bukit Bendera dan Kampung Keriam.
Antara agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan Operasi Sepadu 4/2010 itu ialah Polls Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Imigresen dan Eksais Diraja dan Jabatan Kastam.
Mengetuai operasi bersepadu itu ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Tutong dan melibatkan kira-kira 53 anggota dari badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab memastikan setiap undang-undang serta peraturan dan akta di negara ini dipatuhi.
Menurut laporan Polls Diraja Brunei hari ini, beberapa warga Vietnam dan Bangladesh dibawa ke Balai Polls Daerah Tutong bagi siasatan lanjut dan dikeluarkan surat khas dan mereka ini ditahan ekoran kegagalan menunjukkan permit atau visa pekerjaan yang sah.
Operasi itu dibuat sebagai langkah pencegahan jenayah dan rnembendung penyalahgunaan pas pekerjaan.
Operasi yang melibatkan tujuh lokasi itu merupakan komitmen agensi penguatkuasaan undangundang negara ini dalam memastikan kesejahteraan dan keselesaan warga negara ini selain menjadi platform hubungan kerjasama erat di kalangan agensi yang terlibat.
-- hak milik Media Permata
Monday, 25 October 2010
Ops Sepadu 4/2010 Cekup Warga Asing Tiada Permit Kerja
Posted by Neo Minda on 10:38
0 comments:
Post a Comment