Oleh Aimi Sani
Tungku Link (23 Oktober) - Bengkel 'Nursing Pot-pourri' yang merupakan aktiviti pendidikan bulanan anjuran Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Kementerian Kesihatan melalui Pendidikan Lanjutan Kejururawatan (UPLK) bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pengajian lanjutan bagi amalan kejururawatan dan perbidanan di samping meningkatkan pengetahuan para jururawat dan bidan melalui perkongsian pengalaman.
Ia juga akan dapat menyerapkan kesedaran tentang pentingnya pengalaman berdasarkan bukti dan penyelidikan selain membuat cadangan-cadangan bagi mempraktikkan amalan-amalan terbaik yang didapati dari luar negara.
Bengkel ke-7 yang dijayakan bersama Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam (UBD) itu diadakan di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD.
Hadir pada bengkel itu ialah pegawai-pegawai pendidikan, pegawai-pegawai kanan kejururawatan dan para jururawat.
Bengkel yang dilancarkan pada bulan Februari lalu itu dihasratkan akan diadakan secara bersiri hingga ke bulan Disember 2010.
Seramai 18 jururawat menyampaikan ceramah dan mengongsikan pengalaman serta kemahiran mereka melalui topik-topik berkaitan dengan bidang pengkhususan masing-masing.
Antara penceramah yang turut memberikan taklimat pagi tadi ialah Nur Majidah binti Abdullah, Hajah Azizah binti Haji Idris dan Juraini Udan yang merupakan jururawat-jururawat berpengalaman graduan lepasan luar negara seperti United Kingdom dan Australia.
Semasa bengkel itu Nur Majidah menyampaikan taklimat mengenai modalitas perubatan dan rejim untuk pesakit penyakit ginjal tahap akhir sementara Hajah Azizah pula memberikan taklimat tentang kepuasan pesakit terhadap rawatan yang diberikan oleh para pengamal kecemasan dalam bahagian kemalangan dan kecemasan manakala Juraini Udan berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai amalan perbidanan di Selatan Australia.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 24 October 2010
Meningkatkan Kesedaran Pentingnya Pengajian Lanjutan
Posted by Neo Minda on 08:49
0 comments:
Post a Comment