Sunday, 24 October 2010

Pelajar Diploma Kebangsaan Perdagangan Lawat Kementerian Kewangan

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan, (24 Oktober) - Serombongan 85 orang penuntut tahun akhir Kursus Diploma Kebangsaan Perdagangan dan Kewangan berserta tiga tenaga pengajar dari Sekolah Perdagangan, Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Kewangan.


Lawatan itu antara lain bertujuan untuk mencapai matlamat sekolah tersebut untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan yang praktikal kepada penuntut-penuntut khususnya dalam mengenali fungsi dan peranan Kementerian Kewangan dan bahagian-bahagian di dalamnya serta Tabung Amanah Pekerja (TAP).

Rombongan penuntut tahun akhir Kursus Diploma Kebangsaan Perdagangan dan Kewangan berserta tiga tenaga pengajar dari Sekolah Perdagangan, Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan mendengarkan taklimat semasa lawatan ke Kementerian Kewangan.

Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada pihak Kementerian Kewangan dan antara isi taklimat yang disampaikan termasuklah latar belakang penubuhan Kementerian Kewangan serta visi dan misi, isu-isu berkenaan institusi kewangan, peranan Bahagian Penyelidikan dan Antarabangsa, Kutipan Hasil, Bahagian Perbelanjaan, fungsi Pusat Kewangan dan Antarabangsa, TAP, Lembaga Matawang dan Monetari Brunei serta menyentuh peranan dan pelbagai isu-isu berkaitan dengan Kementerian Kewangan.

Lawatan tersebut diakhiri dengan lawatan ke Galeri Matawang dan Monetari Brunei, Kementerian Kewangan.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment