Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Rektor Universiti Islam Sultan Sharif All (UNISSA), Dr Haji Serbini Haji Matahir membentangkan kertas bertajuk "Pembinaan Tamadun Islam Di Andalusia dan Pengaruhnya Kepada Pembinaan Tamadun Ilmu Di Eropah Barat" pada satu seminar antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau merupakan salah seorang daripada enam orang pakar dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang dijemput membentangkan kertas kerja pada seminar anjuran bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasa institusi pendidikan.
Seminar Asean "Membentuk Pendidikan Lestari Melalui Penerapan 'al-ruh dan al-nafs' : Sorotan Tamadun Andalusia" itu berlangsung selama dua hari pada 2021 Oktober 2010 bertempat di Dewan Utama ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNISSA hari ini, secara khusus seminar tersebut memberi fokus kepada sistem pendidikan dan pengajaran Islam yang mapan dalam sejarah tamadun Andalusia sebelum kejatuhannya pada 1492 Masihi.
Gabungan budaya ilmu dalam masyarakatdan metode sistem pendidikan tersendiri telah memartabatkan tamadun Andalusia sebagai kiblat ilmu selama hampir 800 tahun iaitu dalam abad ke-8 hingga ke-14 Masihi.
Masyarakat di Eropah khususnya memandang pencapaian sistem ilmu yang dibangunkan itu perlu dipelajari malah dipraktikkan dalam rancangan membina sebuah tamadun baru.
Malangnya nawaitu tersebut akhirnya bertukar menjadisuatu perebutan kuasadanwilayah akibatsi kap tamak lalu mereka merampas kerajaan Andalusia dari tangan umat Islam. Kini hasil peninggalan sistem itu harus dibongkar keseluruhannya untuk memperkasa institusi pendidikan bahkan menyemarakkan kembali tamadun ilmu di rantau ini.
Para peserta seminar terdiri dari warga institusi pendidikan Islam negara-negara ASEAN, staf dan pelajar institusi pengajian tinggi, pengusaha sekolahsekolah swasta, penyelidik dan individu dalam dan luar negara.
-- hak milik Media Permata
Monday, 25 October 2010
Rektor UNISSA Pembentang Kertas Kerja Jemputan Di Malaysia
Posted by Neo Minda on 10:41
0 comments:
Post a Comment