Monday, 25 October 2010

Tindakan Bersepadu Tangani Isu Kesihatan

Twitter Facebook More

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

Bandar Seri Begawan (25/10/2001) — Kesihatan di kalangan warga perkhidmatan awam dan kanakkanak sekolah adalah di tahap membimbangkan dan tindakan secara bersepadu perlu diambil untuk menangani isu kesihatan berkenaan.


Hasil kajian awal daripada Program Pemeriksaan Kesihatan menyeluruh bagi warga perkhidmatan awam yang disertai oleh 7,609 warga perkhidmatan awam menunjukkan sebanyak 63.4 peratus daripadanya adalah obesiti dan 55.2 peratus mempunyai paras kolesterol berlebihan.

Sementara di kalangan kanakkanak sekolah pula mencatatkan bahawa kadar berat badan berlebihan ialah sebanyak 14.1 perz, dan obesiti pula sebanyak 12.1 peratus.

Menteri Kesihatan Pehin Dato Seri Setia Haji Adanan Haji Mohd Yusof berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan Program Mukim Sihat, Mukim Sengkurong yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, Jalan Jerudong, di sini, kelmarin.

Beliau berkata kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan dan rawatan yang canggih bagi mengubati dan mencegah komplikasi penyakit namun langkah terbaik masih lagi melalui pencegahan dan disiplin dalam penjagaan kesihatan sendiri.

"Jika sekiranya penyakit berkenaan tidak dapat dikawal di peringkat awal khususnya secara disiplin persendirian di samping mengikut nasihat pakar atau doktor termasuk pengambilan ubat-ubatan sudah pasti.penyakit akan bertambah teruk dan komplikasi akan terjadi seperti kegagalan buah pinggang, kudung anggota badan dan strok", jelasnya.

Menurutnya komplikasi seperti itu akan menjejaskan kualiti kehidupan pesakit dan produktiviti kerja sekali gus akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dari segi kos rawatan pesakit.

Beliau menambah kata pihak kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan secara berterusan akan meningkatkan usaha dalam memberikan nasihat, garis panduan dan kesedaran kepada orang ramai dan Program Sihat itu adalah salah satu program yang sangat penting kerana is rnelibatkan penyertaan masyarakat.

Peranan agensi bukan kerajaan, swasta dan masyarakat setempat amatlah penting bagi mendukung hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan dalam memastikan rakyat dan penduduk mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi, termasuk mencapai atau mengekalkan tahap kesihatan dan kesejahteraan yang terbaik di segenap lapisan masyarakat.

"Masyarakat setempat seperti Majlis Perundingan Mukim atau Kampung, Majlis Takmir Masjid dan seumpamanya, merupakan rakan kongsi strategik sebagai agen penggerak utama dalam bersamasama mempromosi cara hidup sihat, semata-mata untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk setempat khususnya dan negara ini," ujarnya.

Selain itu beliau juga menyentuh mengenal tujuan Bengkel Penyediaan Menu Sihat khusus bagi restoran-restoran di Mukim Sengkurong dianjurkan oleh Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan yang antara lain bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengurus restoran mengenai penyediaan dan pemilihan makanansihat dan juga untuk menggalakkan mereka merangka penyediaan menu sihat di restoran sendiri.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment